Thursday, 27 August 2015

Karangan Jenis Cerita : Peristiwa Sedih yang Tidak Dapat Saya Lupakan (2)

Model Karangan:

          Aku ada seorang datuk yang baik hati. Dia tinggal bersama-sama kami sejak nenekku meninggal dunia lima tahun yang lalu. Datukku ini amat menyayangiku. Datukku ini amat menyayanggikan. Aku juga amat menyayangi datukku itu.

         Datukku sangat rajin. Tubuh badannya masih sihat dan kuat walaupun umurnya telah menjangkau 75 tahun. Dia tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain untuk menguruskan sesuatu. Hal ini mungkin kerana sikap dan disiplin dirinya yang telah terbentuk semenjak dia bertugas dalam tentera dahulu.

          Peperiksaan UPSR kian hampir. Datuk telah berjanji untuk menghadiahkan sebuah basikal kepadaku jika aku lulus dengan cemerlang. Dari hari ke hari, aku mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Aku ingin membuktikan kepada datuk bahawa cucu kesayangannya ini tidak akan menghampakannya.

          Keputusan peperiksaan UPSR telah pun diumumkan. Aku berjaya mendapat keputusan yang sungguh cemerlang dan diumumkan sebagai murid terbaik di sekolahku. Datukku berasa sungguh bangga akan kejayaanku. Tanpa berlengah-lengah lagi, dia pun pergi ke kedai untuk membeli sebuah basikal untukku. Aku menantinya di rumah dengan perasaan tidak sabar.

          Dalam penantianku itu, tiba-tiba deringan telefon menggangguku. Ibuku pun menjawab panggilan telefon itu. Alangkah hancur hatiku apabila diberitahu datukku terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Tanpa membuang masa, ibuku terus menghubungi ayahku. Kami bergegas ke hospital, tempat datukku dirawat. Namun, tuhan lebih menyayangi dirinya. Dia telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.


          Itulah suatu peristiwa sedih yang tidak dapat kulupakan dalam hidupku. Kehilangan datukku ketika hari kegembiraanku adalah sesuatu yang amat menyediakan.

8 comments: