Sunday 30 August 2015

Karangan Jenis Cerita (Permulaan Diberi) : "Ketika aku sedang tekun menoreh getah, tiba-tiba..." (2)

Model Karangan:

          Ketika aku sedang tekun menoreh getah, tiba-tiba aku terdengar bunyi berdesis berhampiran tempatku berdiri. Aku berasa sungguh gelisah dan gementar. Namun, aku masih meneruskan kerjaku yang hanya tinggal sedikit lagi untuk disiapkan.

          Tiba-tiba, aku merasakan seperti ada sesuatu yang sedang memerhati diriku. Aku berasa gelisah tidak menentu. Aku berasa gelisah tidak menentu. Aku pun menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat seekor ular tedung sedang mengembangkan kepalanya untuk mematukku.

          Aku tidak tahu apa yang harus kulakukan. Aku tidak berani bergerak kerana aku tahu jika aku bergerak, pastinya ular itu akan menyerangku. Aku mungkin mati akibat patukannya yang berbisa itu. Dalam pada itu, aku masih juga mencari akal untuk menyelamatkan diriku.

          Semasa aku diam sambil berfikir itu, tiba-tiba kudengar bunyi dahan pokok getah jatuh berhampiran tempatku berdiri. Ular itu terkejut lalu menjalar pergi dari situ. Alangkah leganya rasa hatiku. Aku bersyukur, aku selamat.

          Tanpa membuang masa, aku pun meneruskan tugasku yang tinggal sedikit itu. Pada masa yang sama, aku masih berdebar-debar dan sentiasa berhati-hati kalau-kalau ular itu masih berada di situ. Setelah tugasku selesai, aku pun segera pulang ke rumah.

          Aku menceritakan pengalamanku itu kepada bapa dan ibuku. Mereka berjanji tidak akan membenarkan aku menoreh getah seorang diri lagi. Namun aku akan tetap menjalankan tugas yang telah diserahkan kepadaku.

Karangan Jenis Cerita (Permulaan Diberi) : "Ketika aku sedang tekun menoreh getah, tiba-tiba..." (1)

Soalan:
Lengkapkan Karangan di bawah.

          "Bapaku tidak sihat untuk menoreh getah pada hari ini. Sebagai anaknyu yang sulung, akulah yang bertanggungjawab untuk menggantikan tempatnya. Ketika aku sedang tekun menoreh getah, tiba-tiba..."

          Mulakan karangan kamu dengan "Ketika aku sedang tekun menoreh getah, tiba-tiba..."

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
  • terdengar bunyi berdesis - berasa gelisah dan gementar
Isi:
  1. terlihat seekor ular tedung - hendak mematukku
  2. tidak tahu apa yang harus dilakukan - berfikir untuk menyelamatkan diri
  3. terdengar dahan getah jatuh - ular itu terkejut lalu pergi
  4. segera menyiapkan tugas lalu pulang ke rumah
Penutup:
  • tidak mahu digelar penakut - akan teruskan kerja yang diamanahkan

Thursday 27 August 2015

Karangan Jenis Cerita : Peristiwa Sedih yang Tidak Dapat Saya Lupakan (2)

Model Karangan:

          Aku ada seorang datuk yang baik hati. Dia tinggal bersama-sama kami sejak nenekku meninggal dunia lima tahun yang lalu. Datukku ini amat menyayangiku. Datukku ini amat menyayanggikan. Aku juga amat menyayangi datukku itu.

         Datukku sangat rajin. Tubuh badannya masih sihat dan kuat walaupun umurnya telah menjangkau 75 tahun. Dia tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain untuk menguruskan sesuatu. Hal ini mungkin kerana sikap dan disiplin dirinya yang telah terbentuk semenjak dia bertugas dalam tentera dahulu.

          Peperiksaan UPSR kian hampir. Datuk telah berjanji untuk menghadiahkan sebuah basikal kepadaku jika aku lulus dengan cemerlang. Dari hari ke hari, aku mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Aku ingin membuktikan kepada datuk bahawa cucu kesayangannya ini tidak akan menghampakannya.

          Keputusan peperiksaan UPSR telah pun diumumkan. Aku berjaya mendapat keputusan yang sungguh cemerlang dan diumumkan sebagai murid terbaik di sekolahku. Datukku berasa sungguh bangga akan kejayaanku. Tanpa berlengah-lengah lagi, dia pun pergi ke kedai untuk membeli sebuah basikal untukku. Aku menantinya di rumah dengan perasaan tidak sabar.

          Dalam penantianku itu, tiba-tiba deringan telefon menggangguku. Ibuku pun menjawab panggilan telefon itu. Alangkah hancur hatiku apabila diberitahu datukku terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Tanpa membuang masa, ibuku terus menghubungi ayahku. Kami bergegas ke hospital, tempat datukku dirawat. Namun, tuhan lebih menyayangi dirinya. Dia telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.


          Itulah suatu peristiwa sedih yang tidak dapat kulupakan dalam hidupku. Kehilangan datukku ketika hari kegembiraanku adalah sesuatu yang amat menyediakan.

Karangan Jenis Cerita : Peristiwa Sedih yang Tidak Dapat Saya Lupakan (1)

Soalan: 
Tulis sebuah cerita yang bertajuk ‘Peritiwa Sedih yang Tidak Dapat Saya Lupakan’.

Rangka Karangan:

Peandahuluan:
  • ada seorang datuk yang baik hati – amat menyayanginya

Isi:
  1. seorang lelaki tua yang rajin – masih sihat dan kuat – tidak mengharapkan bantuan orang lain
  2. berjanji menghadiahkan sebuah basikal jika aku lulus dalam peperiksaan UPSR dengan cemerlang
  3. berjaya mendapat keputusan cemerlang – datuk pergi membeli basikal
  4. menerima panggilan telefon – datuk terlibat dalam kecelakaan jalan raya

Penutup:
  • peristiwa sedih – tidak dapat melupakanya


Wednesday 26 August 2015

Karangan Jenis Cerita : Menangkap Pencuri (2)

Model Karangan:

          Malam itu suasana gelap-gelita. Keadaan kampung saya sunyi sepi. Penduduk kampung telah lama dibual mimpi yang indah. Kebanyakannya tidur mati di rumah masing-masing.

          Pada malam itu, hujan turun renyai-renyai. Oleh itu, keadaan malam dingin sekali. Dalam kedinginan malam itu, kelihatan suatu lembaga sedang berjalan terhendap-hendap. Kelakuannya amat mencurigakan. Lembaga itu mencuba untuk membuka tingkap rumah kepunyaan Tuan Rusdi, orang kaya di kampung saya.

          Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya lembaga itu berjaya membuka tingkap itu. Lembaga itu sebenarnya pencuri. Setelah tingkap itu berjaya dibukanya, dia pun masuk ke dalam rumah itu. Semua ahli keluarga Tuan Rusdi sedang tidur nyenyak. Pencuri itu dengan sesuka hati mengambil barang-barang berharga di dalam rumah itu.

          Tiba-tiba, pencuri itu terlanggar sebiji paru yang terletak di atas meja sudut di ruang tamu. Bunyi bising pun kedengaran. Tuan Rusdi dan keluarganya terkejut. Dengan pantas, mereka pun keluar dari bilik untuk melihat. Apabila ternampak pencuri itu, Mereka pun menjerit meminta tolong.

          Tidak lama kemudian, orang kampung telah pun membanjiri halaman rumah Tuan Rusdi walaupun hari masih hujan. Pencuri itu mencuba untuk melarikan diri. Saya ternampak pencuri itu. Kami pun mengepungnya dengan segera. Kami telah berjaya menangkap pencuri itu. Tuan Rasdi mengucapakan terima kasih kepada saya dan penduduk kampung. Pencuri itu diserahkan kepada pihak polis.

          Setelah semuanya selesai, penduduk kampung pun pulang ke rumah masing-masing. Begitulah sikap penduduk kampung saya yang sering bekerjasama apabila menghadapi sebarang bahaya.

Karangan Jenis Cerita : Menangkap Pencuri (1)

Soalan:
Tulis sebuah cerita yang bertajuk "Menangkap Pencuri".

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
  • malam sunyi sepi - penduduk kampung telah tidur
Isi:
  1. hujan turun renyai-renyai - cuaca dingin - kelihatan suatu lembaga - mencuba membuka tingkap
  2. seorang pencuri - tuan rumah menyedari
  3. terlanggar sebiji pasu - tuan rumah terjaga - menjerit meminta tolong
  4. orang kampung telah datang - mengepung rumah - berjaya menangkap pencuri - diserahkan kepada pihak polis
Penutup:
  • pulang ke rumah masing-masing - semangat kerjasama

Monday 24 August 2015

Karangan Jenis Cerita : Mimpi yang Menakutkan (2)

Model Karangan:

          Malam itu cuaca agak terang. Bulan mengambang di awan. Aku berjalan seorang diri menuju ke rumahku. Aku baru pulang dari kedai kerana membeli gula untuk ibuku.

          Semasa aku berjalan-jalan, tiba-tiba aku terasa angin bertiup lembut. Dari kejauhan, terdengar bunyi salakan anjing yang memanjang. Aku tidak menghiraukan keadaan itu. Aku cuba bernyangi-nyangi kecil untuk menghangatkan suasana yang mulai dingin.

          Untuk tiba ke rumahku, aku perlu melalui sebuah rumah usang yang menurut cerita teman-temanku, berhantu. Aku tidak pernah mempercayai kata-kata mereka itu kerana sepanjang aku melalui kawasan rumah itu, aku tidak pernah terjumpa apa-apa. Aku mahu dikenali sebagai anak jantan dan tidak takut menghadapi sebarang cabaran.

          Sebaik-baik sahaja aku melintasi rumah usang tersebut hujan turun dengan lebatnya. Aku agak hairan kerana cuaca yang tadinya baik, tiba-tiba hujan. Mahu tak mahu, aku terpaksa berteduh di rumah usang itu. Sebaik-baik sahaja aku melangkahkan kaki di hadapan rumah itu, tiba-tiba pintu hadapan rumah itu terbuka dengan sendirinya. Aku agak terkejut, namun aku mencuba memberanikan diriku.

          Apabila aku melihat ke arah pintu tersebut, aku terlihat suatu lembaga yang sungguh hodoh melembai-lambai ke arahku. Kakiku menjadi kaku. Lembaga itu kian menghampiriku. Taringnya sungguh panjang. Kakinya tidak menjejak bumi. Dia seakan-akan hendak mencekikku. Aku pun menjerit sekuat-kuat hatiku.

          Peluhku mengalir keluar dengan banyak. Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil berulang-ulang kali. Aku pun membuka mata. Barulah aku sedar rupa-rupanya aku hanya bermimpi.

Karangan Jenis Cerita : Mimpi yang Menakutkan (1)

Soalan:
Tulis sebuah cerita yang bertajuk "Mimpi yang Menakutkan"

Rangka Karangan:

Pendahuluan:

  • suasana pada malam itu - dalam perjalanan pulang
Isi:
  1. menceritakan suasana ketika dalam perjalanan - salakan anjing - tidak menghiraukan
  2. melalui sebuah rumah usang - menurut cerita teman-temanku - berhantu
  3. hujan turun - terpaksa berteduh di rumah usang - pintunya terbuka
  4. terlihat suat lembaga - hendak mencekik - menjerit sekuat-kuat hati
Penutup:
  • terdengar nama dipanggil - bermimpi


Monday 10 August 2015

Karangan: Memupuk Budaya Penyayang Di Sekolah

          Masalah disiplin murid kerap menjadi bohan perbincangan dalam kalangan masyarakat dan media. Masalah ini bukan sahaja menyusahkan diri murid-murid tetapi juga ibu bapa. Sesetengah murid terlibat dengan salah laku seperti buli dan vandalisme. Hal ini berlaku kerana mereka tidak ada rasa tanggungjawab dan sayang akan sekolah. Pada pendapat saya masalah disiplin pelajar patut ditangani dengan segara supaya perlakuan negatif tidak terus membarah. Hai ini akan merugikan murid-murid sekali gus menjatuhkan nama baik institusi pendidikan. Sebenarnya terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh diambil untuk memupuk budaya penyayany di sekolah.

          Salah satu langkah untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan pelajar ialah melalui aktiviti kokurikulum. Dengan bimbingan guru aktiviti kokurikulum dapat membentuk budaya penyayang di kalangan pelajar. Hal ini berlaku apabila dapat bersama-sama menjalani aktiviti secara berkumpulan seperti bersukan, menyertai unit beruniform dan berpersatuan. "Tak kenal maka tak cinta", langkah sebegini dapat merealisapikan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Pelbagai pertandingan boleh disertai oleh pelajar di luar bilik darjah. Selain itu, terdapat juga pertandingan koakademih seperti pantun, bahas dan pidato. Pelajar yang menyertai pertandingan dapt merasakan bahawa mereka bertanggungjawab membawa kemenangan kepada sekolah. Natijahnya, pelajar dapat mengharumkan nama sekolah dengan kemampuan yang dimiliki oleh mereka.

          Langkah seterusnya adalah dengan mengadakan program keceriaan sekolah. Program ini memerlukan penglibatan secara kolektif daripada semua pihak. Pengisian program adalah gotong-royong, pertandingan kelas terbersih dan mewujudkan taman sains. Dengan ini, pelajar akan terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pembersihan. Kerja-kerja dilakukan secara individu dan kumpulan seperti kata muafakat itu berkat dan yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Aktiviti seperti ini dapat memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, ceria, selamat dan erat. Pelajar juga dapat menjalin hubungan yang lebih kondusif dengan guru-guru. Izharnya, program keceraian dapat memupuk budaya penyayang dalam diri mereka di sekolah san seterusnya akan diamalkan dalam kehidupan walau di mana-mana mereka berada.

          Sepekara lagi, elemen budaya penyayang juga dapat diterapkan oleh para pendidik semasa berlangsungnya proses pembelajaran dan pengajaran. Dalam hal ini, guru-guru seharusnya menanamkan nilai kasih-sayang semasa mengajar, contohnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Bahasa Melayu. Sewajarnyalah, para pendidik perlu menyelitan unsar-unsar nilai murai seperti penyayang dalam terpengaruhi murid. Selain itu, murid-murid amat muda diteladani atau menerima didikan daripada guru-guru mereka. Selaras dengan itu, Hendaklah sentiasa menunjukkan contoh yang mulia untuk kalangan murid-murid. Tugasnya, guru penyayang, murid terasa dilayan, hati pun senang dan sudah pasti pelajaran mudah faham.
       
           Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat beberapa langkah yang oleh diambil untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan murid di sekolah. Langkah-langkah tersebut berkait rapat antara satu sama lain. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk mendidik serta melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin dan memiliki jati diri yang tinggi. Ibu bapa pula hendaklah memberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya dalam usaha melahirkan anak-anak yang bersahsiah tinggi. Sesungguhnya usaha ini diharapkan dapat memupuk budaya penyayang dalam kalangan murid di sekolah ke arah mencipta kecemarlangan sekali gus melahirkan modal insan yang mulia dan terbilang.