Monday, 26 October 2015

Karangan Jenis Cerita (Permulaan Diberi) : "Tiba-tiba, dia terjumpa..." (2)

Model Karangan:

          Tiba-tiba, dia terjumpa sebuah dompet. Dompet itu agak tersorok di celah-celah rumput. Kerana sikapnya yang tidak jujur, Sudin ingin sekali membuka dompet itu. Dia pun mencari tempat yang agak tersembunyi untuk membuka dompet itu.

          Sudin segera membuka dompet itu. Dia berasa sungguh gembira apabila mendapati di dalam dompet itu ada wang kertas yang banyak. Dia bercadang untuk membelanjakan wang tersebut. Sudin tersenyum kegembiraan. Dia pun berpatah baik kerana dia merancang untuk ponteng sekolah pada hari itu.

          Perbuatan Sudin itu telah dilihat oleh rakan sekelasnya, Zali. Zali pun melaporkan apa yang telah dilihatnya itu kepada guru disiplin. Guru disiplin itu menanti kedatangan Sudin di sekolah tetapi dia tidak muncul-muncul juga. Dia mengesyaki Sudin ponteng sekolah lagi.

          Sudin sebenarnya pergi berjumpa dengan rakan-rakannya. Mereka berasa sungguh gembira kerana Sudin telah mengajak mereka membelanjakan wang itu. Mereka berbelanja dengan sepuas-puasnya.

          Setelah petang menjelma, Sudin pun pulang ke rumah. Alangkah terperanjatnya Sudin apabila mendapati guru disiplin sekolah dan Zali ada di rumahnya. Guru disiplin itu telah menceritakan segala-galanya kepada ibu bapa Sudin. Sudin terpaksa mengakul kesalahan yang telah dilakukannya itu. Ibu bapanya berasa sungguh malu dan marah akan perbuatan Sudin.

          Sejak kejadian itu, Sudin telah berubah menjadi orang yang lembut hati. Dia tidak lagi bercampur dengan budak-budak nakal. Dia juga rajin ke sekolah dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Malah dia telah mengamalkan sikap jujur dalam dirinya.

Karangan Jenis Cerita (Permulaan Diberi) : "Tiba-tiba, dia terjumpa..." (1)

Soalan :
Lengkapkan karangan di bawah.

          "Sudin budak yang nakal. Dia selalu ponteng sekolah dan bergaul dengan budak-budak nakal. Pada suatu hari, Sudin sedang berjalan ke sekolah. Tiba-tiba, dia terjumpa..."

          Mulakan karang kamu dengan "Tiba-tiba, dia terjumpa..."

Rangka Karangan :

Pendahuluan:

  • Sudin merupakan budak nakal - selalu ponteng sekolah - sedang berjalan ke sekolah - tiba-tiba terjumpa dompet
Isi:
  1. membuka dompet itu - berasa gembira kerana terlihat banyak wang kertas
  2. perbuatannya dilihat oleh rakan sekelas - melaporkan hal itu kepada guru disiplin
  3. Sudin berjumpa rakan-rakan - membelanjakan wang itu
  4. setelah pulang, Sudin mendapati guru disiplin ada di rumah - Sudin mengakui kesilapannya
Penutup:
  • berubah menjadi baik - menjadi murid yang rajin belajar - jujur

Sunday, 20 September 2015

Karangan Jenis Cerita (Permulaan Diberi) : "Apabila pinyu itu kubuka, ..." (2)

Model Karangan:

          Apabila pintu itu kubuka, aku berasa sungguh terperanjat. Apa yang kulihat bukanlah ayah dan ibuku. Sebaliknya yang berdiri di situ ialah seorang perempuan tua yang sedang mendukung anaknya dan memimpin seorang kanak-kanak yang lain. Mereka ialah peminta sedekah.

          Aku pun menjemput mereka masuk. Daripada air muka mereka, aku tahu bahawa mereka kelaparan. Mereka juga tidak kelihatan seperti orang jahat. Aku pun mengajak mereka pergi ke dapur rumahku. Di situ, masih ada baki makanan yang tidak habis aku makan tadi. Aku memerhatikan mereka tiga beranak makan dengan lahap.

          Setelah mereka selesai makan makanan yang kuberi itu, mereka enggan beredar dari rumahku. Aku menjadi panic. Mereka masih duduk di tempat mereka. Aku mula mati akal untuk menyuruh mereka keluar dari rumahku. Itu adalah tindakan yang kurang sopan.

          Nasib baik pada ketika itu aku terdengar bunyi kereta ayahku masuk ke pekarangan rumah kami. Setelah memastikan bahawa itu benar-benar kereta ayahku, aku pun keluar. Aku menerangkan kepada ibu dan ayah apa yang telah terjadi. Mereka kelihatan tenang sahaja.

          Ayahku masuk ke dalam rumah diikuti oleh ibuku. Peminta sedekah itu kelihatan ayak terkejut dengan kehadiran ibu dan ayahku itu. SEtelah dinasihatkan oleh ayah supaya pergi dari situ secara baik, mereka pun beredar dari situ. Sebelum beredar, ibuku telah menghulurkan sekeping wang kertas lima puluh ringgit kepada mereka. Aku tahu ibu bersimpati terhadap mereka.

          Setelah perkara itu selesai, ibu dan ayahku pun menasihatku. Kata mereka, lain kali jangan sekali-kali membenarkan orang yang tidak kukenali masuk ke dalam rumah. Aku berjanji tidak akan mengulangi kesilapanku itu.

Karangan Jenis Cerita (Permulaan Diberi) : "Apabila pintu itu kubuka, ..." (1)

Soalan :
Lengkapkan karangan di bawah.

          "Malam itu, aku tinggal bersendirian di rumah. Ibu dan bapaku menghadiri jamuan makan malam anjuran temannya. Sedang aku menonton televisyen di ruang tamu, tiba-tiba pintu rumahku diketuk orang. Apabila pintu itu kubuka, ..."

          Mulakan karangan kamu dengan "Apabila pintu itu kubuka, ..."

Rangka Karangan :

Pendahuluan:
  • kelihatan seorang perempuan tua bersama-sama dua orang anaknya - peminta sedekah
Isi:
  1. menjemput mereka masuk - memberi mereka makan
  2. mereka enggan beredar - tidak tahu apa yang harus dilakukan
  3. ibu bapa pulang - menceritakan kepada mereka
  4. menasihati peminta sedekah itu dengan baik - mereka pun beredar
Penutup:
  • ibu menasihatku - jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke rumah

Sunday, 30 August 2015

Karangan Jenis Cerita (Permulaan Diberi) : "Ketika aku sedang tekun menoreh getah, tiba-tiba..." (2)

Model Karangan:

          Ketika aku sedang tekun menoreh getah, tiba-tiba aku terdengar bunyi berdesis berhampiran tempatku berdiri. Aku berasa sungguh gelisah dan gementar. Namun, aku masih meneruskan kerjaku yang hanya tinggal sedikit lagi untuk disiapkan.

          Tiba-tiba, aku merasakan seperti ada sesuatu yang sedang memerhati diriku. Aku berasa gelisah tidak menentu. Aku berasa gelisah tidak menentu. Aku pun menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat seekor ular tedung sedang mengembangkan kepalanya untuk mematukku.

          Aku tidak tahu apa yang harus kulakukan. Aku tidak berani bergerak kerana aku tahu jika aku bergerak, pastinya ular itu akan menyerangku. Aku mungkin mati akibat patukannya yang berbisa itu. Dalam pada itu, aku masih juga mencari akal untuk menyelamatkan diriku.

          Semasa aku diam sambil berfikir itu, tiba-tiba kudengar bunyi dahan pokok getah jatuh berhampiran tempatku berdiri. Ular itu terkejut lalu menjalar pergi dari situ. Alangkah leganya rasa hatiku. Aku bersyukur, aku selamat.

          Tanpa membuang masa, aku pun meneruskan tugasku yang tinggal sedikit itu. Pada masa yang sama, aku masih berdebar-debar dan sentiasa berhati-hati kalau-kalau ular itu masih berada di situ. Setelah tugasku selesai, aku pun segera pulang ke rumah.

          Aku menceritakan pengalamanku itu kepada bapa dan ibuku. Mereka berjanji tidak akan membenarkan aku menoreh getah seorang diri lagi. Namun aku akan tetap menjalankan tugas yang telah diserahkan kepadaku.

Karangan Jenis Cerita (Permulaan Diberi) : "Ketika aku sedang tekun menoreh getah, tiba-tiba..." (1)

Soalan:
Lengkapkan Karangan di bawah.

          "Bapaku tidak sihat untuk menoreh getah pada hari ini. Sebagai anaknyu yang sulung, akulah yang bertanggungjawab untuk menggantikan tempatnya. Ketika aku sedang tekun menoreh getah, tiba-tiba..."

          Mulakan karangan kamu dengan "Ketika aku sedang tekun menoreh getah, tiba-tiba..."

Rangka Karangan:

Pendahuluan:
  • terdengar bunyi berdesis - berasa gelisah dan gementar
Isi:
  1. terlihat seekor ular tedung - hendak mematukku
  2. tidak tahu apa yang harus dilakukan - berfikir untuk menyelamatkan diri
  3. terdengar dahan getah jatuh - ular itu terkejut lalu pergi
  4. segera menyiapkan tugas lalu pulang ke rumah
Penutup:
  • tidak mahu digelar penakut - akan teruskan kerja yang diamanahkan

Thursday, 27 August 2015

Karangan Jenis Cerita : Peristiwa Sedih yang Tidak Dapat Saya Lupakan (2)

Model Karangan:

          Aku ada seorang datuk yang baik hati. Dia tinggal bersama-sama kami sejak nenekku meninggal dunia lima tahun yang lalu. Datukku ini amat menyayangiku. Datukku ini amat menyayanggikan. Aku juga amat menyayangi datukku itu.

         Datukku sangat rajin. Tubuh badannya masih sihat dan kuat walaupun umurnya telah menjangkau 75 tahun. Dia tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain untuk menguruskan sesuatu. Hal ini mungkin kerana sikap dan disiplin dirinya yang telah terbentuk semenjak dia bertugas dalam tentera dahulu.

          Peperiksaan UPSR kian hampir. Datuk telah berjanji untuk menghadiahkan sebuah basikal kepadaku jika aku lulus dengan cemerlang. Dari hari ke hari, aku mula menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Aku ingin membuktikan kepada datuk bahawa cucu kesayangannya ini tidak akan menghampakannya.

          Keputusan peperiksaan UPSR telah pun diumumkan. Aku berjaya mendapat keputusan yang sungguh cemerlang dan diumumkan sebagai murid terbaik di sekolahku. Datukku berasa sungguh bangga akan kejayaanku. Tanpa berlengah-lengah lagi, dia pun pergi ke kedai untuk membeli sebuah basikal untukku. Aku menantinya di rumah dengan perasaan tidak sabar.

          Dalam penantianku itu, tiba-tiba deringan telefon menggangguku. Ibuku pun menjawab panggilan telefon itu. Alangkah hancur hatiku apabila diberitahu datukku terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Tanpa membuang masa, ibuku terus menghubungi ayahku. Kami bergegas ke hospital, tempat datukku dirawat. Namun, tuhan lebih menyayangi dirinya. Dia telah meninggalkan kami buat selama-lamanya.


          Itulah suatu peristiwa sedih yang tidak dapat kulupakan dalam hidupku. Kehilangan datukku ketika hari kegembiraanku adalah sesuatu yang amat menyediakan.