Model Karangan:
Tiba-tiba, dia terjumpa sebuah dompet. Dompet itu agak tersorok di celah-celah rumput. Kerana sikapnya yang tidak jujur, Sudin ingin sekali membuka dompet itu. Dia pun mencari tempat yang agak tersembunyi untuk membuka dompet itu.
Sudin segera membuka dompet itu. Dia berasa sungguh gembira apabila mendapati di dalam dompet itu ada wang kertas yang banyak. Dia bercadang untuk membelanjakan wang tersebut. Sudin tersenyum kegembiraan. Dia pun berpatah baik kerana dia merancang untuk ponteng sekolah pada hari itu.
Perbuatan Sudin itu telah dilihat oleh rakan sekelasnya, Zali. Zali pun melaporkan apa yang telah dilihatnya itu kepada guru disiplin. Guru disiplin itu menanti kedatangan Sudin di sekolah tetapi dia tidak muncul-muncul juga. Dia mengesyaki Sudin ponteng sekolah lagi.
Sudin sebenarnya pergi berjumpa dengan rakan-rakannya. Mereka berasa sungguh gembira kerana Sudin telah mengajak mereka membelanjakan wang itu. Mereka berbelanja dengan sepuas-puasnya.
Setelah petang menjelma, Sudin pun pulang ke rumah. Alangkah terperanjatnya Sudin apabila mendapati guru disiplin sekolah dan Zali ada di rumahnya. Guru disiplin itu telah menceritakan segala-galanya kepada ibu bapa Sudin. Sudin terpaksa mengakul kesalahan yang telah dilakukannya itu. Ibu bapanya berasa sungguh malu dan marah akan perbuatan Sudin.
Sejak kejadian itu, Sudin telah berubah menjadi orang yang lembut hati. Dia tidak lagi bercampur dengan budak-budak nakal. Dia juga rajin ke sekolah dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Malah dia telah mengamalkan sikap jujur dalam dirinya.
No comments:
Post a Comment