- Bahagian A, anda wajib menulis karangan yang diminta
- Bahagian B, pilih satu daripada lima tajuk yang bener-benr anda fahami, kuasai, dan tahu akan formatnya.
- Pemilihan soalan dibuat, baca semua tajuk yang diberikan dengan teliti.
- Jika terdapat lebih daripada satu tajuk yang anda fahami, pilih satu tajuk yang paling anda minati dan yakin akan isinya.
- Jangan memilih tajuk yang sukar kerana menganggap tidak banyak pelajar yang akan menulis tajuk tersebut semata-mata untuk mendapatkan markah yang tinggi.
2. Merangka Karangan
- Anda perlu memahami tajuk yang dipilih dengan lebih mendalam.
- Buat Catatan isi yang berkaitan dengan tajuk secara kasar.
- Pendahuluan atau pengenalan karangan mestilah diberikan perhatian.
- Isi yang telah dirangka mesti disusun mengikut kepentingannya untuk memudahkan anda membuat perenggan.an berkaitan
- pastikan rangka isi karangan menepati tajuk.
- Pastikan isi karangan disertai dengan rangka huraian dan contoh.
3. Menulis Karangan
- Karangan mesti mempunyai pengenalan atau pendahuluan. Bahagian ini amat penting kerana mencerminkan isi seterusnya.
- Pendahuluan mesti memperkenalkan tajuk secara khusus dan ditulis dengan ringkas dan padat dalam satu perenggan.
- Pendahuluan yang menarik akan menambah minat pemeriksa untuk terus membaca karangan tersebut dan seterusnya menentukan jumlah markah yang diperoleh.
- Isi yang ditulis mestilah tepat dan berkaitan dengan tajuk kerana isi merupakan penentu markah.
- Isi mesti dihuraikan dan seterusnya diberikan contoh yang konkrit. Setiap isi berserta huraian dan contoh mesti ditulis dalam satu perenggan.
- Isi mesti berkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
- Isi hendaklah disusun dengan rapi dan berurutan mengikut kepentingan.
- Kesimpulan isi dibuat dalam perenggan penutup. Penutup mestilah ringkas, padat, dan dapat merumuskan tajuk yang telah dibincangkan.
No comments:
Post a Comment