Sunday, 20 September 2015

Karangan Jenis Cerita (Permulaan Diberi) : "Apabila pinyu itu kubuka, ..." (2)

Model Karangan:

          Apabila pintu itu kubuka, aku berasa sungguh terperanjat. Apa yang kulihat bukanlah ayah dan ibuku. Sebaliknya yang berdiri di situ ialah seorang perempuan tua yang sedang mendukung anaknya dan memimpin seorang kanak-kanak yang lain. Mereka ialah peminta sedekah.

          Aku pun menjemput mereka masuk. Daripada air muka mereka, aku tahu bahawa mereka kelaparan. Mereka juga tidak kelihatan seperti orang jahat. Aku pun mengajak mereka pergi ke dapur rumahku. Di situ, masih ada baki makanan yang tidak habis aku makan tadi. Aku memerhatikan mereka tiga beranak makan dengan lahap.

          Setelah mereka selesai makan makanan yang kuberi itu, mereka enggan beredar dari rumahku. Aku menjadi panic. Mereka masih duduk di tempat mereka. Aku mula mati akal untuk menyuruh mereka keluar dari rumahku. Itu adalah tindakan yang kurang sopan.

          Nasib baik pada ketika itu aku terdengar bunyi kereta ayahku masuk ke pekarangan rumah kami. Setelah memastikan bahawa itu benar-benar kereta ayahku, aku pun keluar. Aku menerangkan kepada ibu dan ayah apa yang telah terjadi. Mereka kelihatan tenang sahaja.

          Ayahku masuk ke dalam rumah diikuti oleh ibuku. Peminta sedekah itu kelihatan ayak terkejut dengan kehadiran ibu dan ayahku itu. SEtelah dinasihatkan oleh ayah supaya pergi dari situ secara baik, mereka pun beredar dari situ. Sebelum beredar, ibuku telah menghulurkan sekeping wang kertas lima puluh ringgit kepada mereka. Aku tahu ibu bersimpati terhadap mereka.

          Setelah perkara itu selesai, ibu dan ayahku pun menasihatku. Kata mereka, lain kali jangan sekali-kali membenarkan orang yang tidak kukenali masuk ke dalam rumah. Aku berjanji tidak akan mengulangi kesilapanku itu.

Karangan Jenis Cerita (Permulaan Diberi) : "Apabila pintu itu kubuka, ..." (1)

Soalan :
Lengkapkan karangan di bawah.

          "Malam itu, aku tinggal bersendirian di rumah. Ibu dan bapaku menghadiri jamuan makan malam anjuran temannya. Sedang aku menonton televisyen di ruang tamu, tiba-tiba pintu rumahku diketuk orang. Apabila pintu itu kubuka, ..."

          Mulakan karangan kamu dengan "Apabila pintu itu kubuka, ..."

Rangka Karangan :

Pendahuluan:
  • kelihatan seorang perempuan tua bersama-sama dua orang anaknya - peminta sedekah
Isi:
  1. menjemput mereka masuk - memberi mereka makan
  2. mereka enggan beredar - tidak tahu apa yang harus dilakukan
  3. ibu bapa pulang - menceritakan kepada mereka
  4. menasihati peminta sedekah itu dengan baik - mereka pun beredar
Penutup:
  • ibu menasihatku - jangan membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke rumah